Mengenai SIPartners+

SIPartners+  adalah seorang pembimbing kepada pihak pengurusan untuk meningkatkan kualiti pentadbiran di sekolah yang ingin ditingkatkan prestasinya.

Sebagai SIPartners+

1. Membina hubungan dan membimbing pengetua serta Guru Besar di sekolah,

2. Bekerjasama dengan Kementerian dan pegawai PPD untuk menyediakan latihan yang amat diperlukan oleh pentadbir sekolah.

3. Mereka bentuk dan mentadbir intervensi khusus untuk meningkatkan kualiti kepemimpinan dan pengurusan di sekolah

 

Peningkatan Peluang Untuk Impak  - SIPartners+ akan membina hubungan dengan pengetua dan Guru Besar. Dengan membimbing 25-30 pengetua, SIPartners+ boleh meningkatkan kualiti pengurusan sekolah dibandingkan seorang pengetua biasa.

Masa Bimbingan Berkualiti – Pendidik yang terbaik tidak akan keluar dari sekolah untuk menjadi pentadbir – peranan SIPartners+ adalah untuk meningkatkan kualiti pengurusan sekolah. Selaku SIPartner+, anda akan menghabiskan sekurang-kurangnya 80% daripada masa bekerja dengan pengetua, bukannya untuk mengumpul data atau mengisi borang.

Pertumbuhan Profesional Yang Tidak Dapat Ditandingi – Program latihan yang boleh diakses sebanyak 15 hingga 20 hari dalam setahun. Di samping itu, SIPartners+ akan diberi seorang Fellow Kanan Peribadi yang akan bekerja bersama dengan SIPartners+ di PPD untuk membantu SIPartners+ menjadi seorang pembimbing pengetua dan sekolah.

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan” (Surah Al-Maidah : 2)

Ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara ! Bertindak Sekarang!


  • Sihat sebelum Sakit

  • Muda sebelum Tua

  • Kaya sebelum Miskin

  • Lapang sebelum Sempit

  • Hidup sebelum Mati

No comments: